Posted on Leave a comment

4 Jenis Cara Parenting Yang Ibubapa Wajib Tahu. Anda Yang Mana Satu?

4 Jenis Cara Parenting Oleh Ibubapa

Pada tahun 1960, seorang psychologist daripada University of California-Berkeley, Diana Baumrind telah melakukan suatu kajian tentang teknik-teknik yang digunapakai oleh ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka dan kesan teknik-teknik tersebut kepada anak-anak. Dan pada tahun 1967 Diana telah menghasilkan satu laporan dan mendapati terdapat 3 teknik khusus yang biasa digunakan oleh ibubapa dan di klasifikasikan sebagai parenting jenis permisive, authoritarian dan authoritative.

Ketiga-tiga jenis parenting ini di anggap sebagai klasifikasi standard pada waktu ketika itu.

Namun pada tahun 1983, dua lagi pakar psychologist iaitu Eleanor Maccoby dan John Martin mengubah suai klasifikasi yang di buat oleh Diana, menukar parenting jenis permissive menjadi indulgent dan kemudian menambah satu lagi klasifikasi baru iaitu neglectful.

Dan kini “developmental psychologist” seluruh dunia kebanyakannya mengiktiraf keempat-empat klasifikasi ini sebagai standard.

Keempat-empat klasifikasi yang dinyatakan ini menerangkan dan menunjukkan samada setiap ibubapa menuntut, mendesak dan mengharapkan sesuatu daripada anak-anak ataupun betapa ibubapa kurang ambil perhatian dan tidak responsif terhadap anak-anak. Klasifikasi-klasifikasi ini akan saya terangkan satu persatu di bawah.

Parenting Jenis Authoritarian

Authoritarian- tegas dan tidak responsif. Ibubapa yang melakukan parenting jenis authoritarian ini kebiasaannya tegas, menjangkakan anak-anak sentiasa patuh dan hormat terhadap mereka, dan akan menghukum anak-anak yang gagal untuk patuh. Namun ibubapa jenis authoritarian tidak akan menerangkan sebab di atas setiap tindakan yang mereka lakukan – mereka adalah ibubapa yang sering katakan “because i said so”.

Dan parent jenis authoritarian ini sangat menilai tinggi pencapaian akademik/kerjaya, disiplin dan kawalan diri. Bagi anak-anak pula, mereka diberikan tanggungjawab yang berat di rumah dan sangat sedikit kebebasan diberikan di luar rumah.

Parenting Jenis Permissive/ Indulgent

Permissive/indulgent- tidak tegas dan responsif. Ibubapa yang menggunakan teknik parenting jenis ini pula sangat berbeza dengan authoritarian. Mereka kebiasaannya akan menurut sahaja segala kehendak anak-anak dan akan sentiasa melayan setiap keperluan anak-anak mereka. Ibubapa jenis ini jarang sama sekali menetapkan apa-apa peraturan terhadap anak-anak, yang mana akhirnya menjadikan anak-anak mereka kurang berdisiplin.

Ibubapa jenis indulgent ini akan membebel terhadap anak-anak sekadar mengingatkan anak-anak di atas kelakuan buruk yang dilakukan. Dan mereka juga akan membebel dan mengugut tentang akibat kelakuan buruk tersebut tetapi jarang sekali ibubapa jenis ini akan ambil apa-apa tindakan terhadap anak-anak mereka. Anak emas!

Mereka akan selalu mengalah terhadap anak-anak dan merasakan anak-anak mereka tak akan buat salah sama sekali. Dan dikalangan ibubapa jenis ini, terdapat segelintir yang mahu anak-anak suka dan sayang kepada mereka lantas ibubapa lebih cenderung berkelakuan seperti seorang kawan berbanding menjadi ibubapa kepada anak-anak tersebut. Jika boleh, mereka mahu sentiasa berada bersama anak-anak 24 jam sehari. Namun ada juga yang yang tidak begitu.

Ibubapa jenis permissive/indulgent ini kebiasaannya dari golongan yang berada dan lebih “educated” berbanding ibubapa yang lain.

Parenting Jenis Neglectful

Neglectful- tidak tegas dan tidak responsif. Ibubapa jenis ni paling teruk. Mereka paling tak ambil peduli tentang anak-anak mereka. Hal sekolah tak ambil tahu, hal anak-anak di rumah pun tak ambil tahu. Dan secara emosinya mereka menjarakkan diri dengan anak-anak. Senang cerita ibubapa jenis ini jarang ada di rumah. Dan anak-anak kurang mendapat kasih-sayang dan perhatian.

Ibubapa jenis ini kebiasaannya kurang bertanggungjawab terhadap anak-anak. Baik soal keperluan harian, makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kecenderungan untuk hidup di dalam kemiskinan sangat tinggi bagi ibubapa jenis ini. Dan oleh sebab kemiskinan jugalah yang mendorong mereka secara tidak langsung untuk mengabaikan anak-anak mereka. Punca lain juga boleh di sebabkan oleh kesihatan mental yang tidak baik, depresi dan juga anxiety.

Parenting Jenis Authoritative

Authoritative- tegas dan responsif. Ibubapa jenis ini meletakkan standard, jangkaan dan had yang tinggi terhadap anak-anak mereka dan pada waktu yang sama mereka menegaskan setiap akibat dan hasilnya. Mereka sangat mesra dengan anak-anak dari segi emosi dan juga responsif terhadap emosi anak-anak. Namun anak-anak perlu mengikut peraturan yang di tetapkan.

Parenting jenis authoritative sentiasa menerangkan sebab dan akibat di atas setiap peraturan/kelakuan dan menerapkan nilai memberi dan menerima di dalam diri anak-anak. Dan untuk mendidik dan membentuk jati diri anak-anak, ibubapa jenis ini akan memberi ruang dan kebebasan terhadap anak-anak untuk explore dan mencuba benda baru , alami sendiri kegagalan dan belajar membuat keputusan sendiri.

Kesimpulannya.

Anda adalah parent jenis authoritarian sekiranya anda sentiasa ingin menentukan hala tuju hidup anak anda, baik dari segi akademik, kerjaya, kegiatan aktiviti kurikulum dan cuba menakutkan mereka sekiranya membuat pilihan sendiri.

Dan anda adalah parent jenis permissive/indulgent sekiranya anda fokus untuk mengikut segala kehendak anak-anak, sentiasa memuji anak-anak secara berlebihan, mahu lindungi mereka dari setiap kegagalan atau kekecewaan, sentiasa akan back up mereka tanpa mengambil kira kepentingan pembinaan kemahiran diri, pembinaan etika kerja yang kuat dan pembinaan perwatakan diri anak-anak.

Parenting jenis authoritative adalah parenting yang terbaik dan ianya mempunyai gabungan elemen dari parenting jenis authoritorian dan permissive. Seperti authoritorian, parenting jenis authoritative juga tegas & menetapkan peraturan. Namun apa yang membezakan ialah mereka menerangkan dengan jelas sebab peraturan tersebut dilaksanakan, anak-anak dipertanggungjawabkan atas kelakuan mereka dan ibubapa mesra serta responsif terhadap emosi dan keperluan anak-anak.

Ibubapa jenis authoritative juga berkongsi elemen dengan permissive/indulgent. Mereka meluangkan masa bersama anak-anak, ambil berat akan keperluan anak-anak dan terlibat secara langsung dalam kehidupan anak-anak. Cuma jika anak-anak buat kesilapan, jangan harap nak lepas.

Kesimpulannya parenting jenis authoritative menunjukkan keseimbangan antara ketegasan dan kasih sayang, keseimbangan dalam memberi hala tuju namun anak-anak diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri.

-Z-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *